Kisah Temuduga Satu Soalan

August 25th, 2007 by tanabe

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya.

Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,
lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya
Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
berkata,
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang
memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini”
Read the rest of this entry »

Kenduri Kahwin - Antara Adat Dan Agama

August 25th, 2007 by tanabe

KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN saban hari media melaporkan betapa gejala keruntuhan moral di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan.Keruntuhan moral
berkaitan dengan perilaku seksual sering menjadi bahan bacaan dada-dada akhbar.

Gadis yang menjual tubuh hanya melalui tambah nilai
kad pra bayar, perlakuan seks di dalam bas ekspress,
perlakuan seks bebas di kalangan remaja menggambarkan betapa bangsa Melayu sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang amat teruk.
Read the rest of this entry »

Kurang ajar

August 25th, 2007 by tanabe

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

“Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji” kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak… “Kurang ajar!!!”

“Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!” bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan…

“Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!”

“Celaka!!!” teriak pengunjung tadi.

“Tenang, Bawa tenang!” teriak hakim dengan keras.

“Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!” kata hakim.

“Keparat!!!” teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
“Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!”

“Maaf.. Yang Arif…” pengunjung tadi berkata…
“Saya adalah jiran pesalah… sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang… dia selalu cakap… tidak ada!”

Tips servis kereta, luar dan dalam.

August 25th, 2007 by tanabe

transplantIni ada satu cerita aku nak kongsi dengan hangpa suma. Bukan dongeng bukan fantasi tetapi fakta yang kadang-kadang berlaku atas batang hidung sendiri dan kawan-kawan.

Sebut pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal servisnya, normal la tu.

Read the rest of this entry »

Prasejarah

August 22nd, 2007 by tanabe

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya… agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak… macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

Teka-Teki Gelak Ketawa

August 22nd, 2007 by tanabe

1. “Kenapa lelaki perlu beristeri tiga… .”
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI… ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi… memang sah GILA!

3. ” Manusia jatuh CinTa??Tak heran… “
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh…
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. “Cinta..ibarat kentut… “
makin dipendam makin gelisah…
bila di lepaskan … … .
ahhhhhhh lega rasanya… … .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, “kau..kentutkan?”

6. “… bila hidupmu dlm kegelapan, “
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Janda

August 22nd, 2007 by tanabe

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

” Mahukah saudara ditemani ? ” soal janda tersebut dengan nada yang manja.
” Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! ” balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
” Baguslah , ” kata janda itu pula.
” Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara….. “

Rahsia Khusyuk Dalam Sembahyang

August 21st, 2007 by tanabe

sembahyang

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk……

Ingin kusyuk … baca seterusnya okies

Read the rest of this entry »

Cinta - Sebelum Dan Selepas Kahwin

August 20th, 2007 by tanabe

couple

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik,
sambil
berbual-bual mesra…

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang…
Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya
Makwe:Oh gitu….kalau saya jadi bunga
Pakwe:Abang jadi tukang kebunnya
Makwe:Kenapa bukan kumbang
Pakwe:Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang
kebun
kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari
Makwe:Wah! hebatnya abg nie…begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih
tersebut untuk bersiar-siar…tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul
kayu, dan jatuh tersembam ke tanah….bedebik!!!!!! macam nangka busuk
daa!!!!

Read the rest of this entry »

Ayam Percik

August 20th, 2007 by tanabe

ayam percik

Bahan-bahannya:
Bahan A:
1 ekor ayam - dipotong 8
1 sudu kunyit serbuk
1/2 sudu teh garam halus

Bahan B:
2 mangkuk santan
3 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
6 biji buah keras
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu makan gula pasir
Sedikit garam
Serbuk perasa
Bawang goreng
Read the rest of this entry »