7 Emosi Penganggu Kesihatan
Monday, December 3rd, 2007 
Manusia tidak luput dari terkena penyakit. Semenjak dari kecil, manusia sudah mengenal sakit, sampai menjelang ajalnya sering dibayangi oleh berbagai-bagai penyakit. Untuk mengatasi penyakit, telah dicuba dengan berbagai-bagai cara pengubatan. Walaupun ilmu kedoktoran maju begitu pesat sekali tetap masih ada penyakit yang tidak diketahui sebabnya.
Walaubagaimanapun, Ilmu pengubatan alternatif dan holistik telah membahagikan penyebab penyakit kepada tiga golongan besar.
Pertama, penyakit yang datangnya dari luar tubuh, masuk ke badan melalui kulit, lalu menyerang meridian(jalur bujur)tubuh dan selanjutnya menyerang organ dalam. Termasuk dalam kategori ini adalah penyakit yang disebabkan oleh angin, dingin, panas, lembab, kering, api serta penyakit menular.
Kedua, penyebab penyakit dari dalam yang berasal dari emosi(perasaan) penderita. Termasuk dalam kategori ini adalah tujuh jenis emosi iaitu gembira, marah, khuatir, berfikir, sedih, takut dan terkejut.
Ketiga, penyebab penyakit yang tidak termasuk golongan pertama dan kedua. Dalam kelompok ini contohnya kebiasaan hidup yang tidak teratur(makann minum, bekerja, rehat dll), kegiatan bersenggama yang berlebihan sserta luka dan gigitan binatang.
Adalah wajar bila setiap individu mempunyai ketujuh-tujuh emosi seperti tersebut diatas. Tidak mungkin seseorang individu itu tidak mempunyai rasa gembira, marah, khuatir, takut, sedih, berfikir dan terkejut. Di dalam pengubatan allternatif dan holistik, emosi yang berlebihan secara langsung akan mempengaruhi organ dalam tubuh.



