Archive for August, 2007

15 Tanda Tanda Orang Malas

Tuesday, August 28th, 2007

Ade ke ciri2 ni kat korang??

1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang bolih melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.

5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menggap payah untuk melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.

15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak bolih melakukannya.

:smile:

Untuk Parent And Parent To Be

Tuesday, August 28th, 2007

parents

Artikel untuk parent and parent to be..

Sichida kelas…yakni kelas yg di uruskan oleh jepun melatih anak-anak befikir menggunakan otak sebelah kanan. Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah penggunaannya. Kelas ni mahal, kalau kelas tadika juanna tu cost nye lebih tinggi dari cost kite satu semester kat ITM, atas kesedaran bahawa ramai sgt cine yang pergi kelas tu utk ajar anak2 depa dan melayu setengah kerat aje…ada hamba Allah dengan ikhlasnye berkongsi untuk ajar melayu yg lain.

(more…)

Checklist 20 Tabiat Membuang Masa

Tuesday, August 28th, 2007

Pastikan anda tidak mempunyai sifat-sifat ini.

1.Tidak mempunyai matlamat
2.Tidak merancang kerja
3.Tidak melaksanakan rancangan
4.Menangguh-nangguhkan kerja
5.Menunggu hingga ke saat akhir
6.Kerja ringan buat ramai-ramai
7.Menunggu orang yang tidak penting
8.Mengikut kawan tanpa tujuan sendiri
9.Buat terlalu banyak kerja dalam satu masa
10.Bekerja apabila disuruh sahaja
11.Tidak pandai menyimpan barang sendiri
12.Tidak guna alat yang memudahkan kerja
13.Malu bertanya
14.Belajar ditempat yang tidak sesuai
15.Belajar pada masa yang tidak sesuai
16.Membebel
17.Membuat kesilapan yang sama
18.Tengok TV terlalu lama
19.Mengelamun
20.Bersembang kosong.

:mrgreen:

Kisah Temuduga Satu Soalan

Saturday, August 25th, 2007

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya.

Dari beribu
permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut,
lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya
Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula
berkata,
“Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang
memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini”
(more…)

Kenduri Kahwin - Antara Adat Dan Agama

Saturday, August 25th, 2007

KAHWIN..KAHWIN..KAHWIN saban hari media melaporkan betapa gejala keruntuhan moral di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan.Keruntuhan moral
berkaitan dengan perilaku seksual sering menjadi bahan bacaan dada-dada akhbar.

Gadis yang menjual tubuh hanya melalui tambah nilai
kad pra bayar, perlakuan seks di dalam bas ekspress,
perlakuan seks bebas di kalangan remaja menggambarkan betapa bangsa Melayu sedang menghadapi krisis keruntuhan akhlak yang amat teruk.
(more…)

Kurang ajar

Saturday, August 25th, 2007

Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

“Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji” kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak… “Kurang ajar!!!”

“Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!” bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan…

“Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar dengan
menggunakan pisau..!”

“Celaka!!!” teriak pengunjung tadi.

“Tenang, Bawa tenang!” teriak hakim dengan keras.

“Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakan
parang..!” kata hakim.

“Keparat!!!” teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,
“Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akan
perintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!”

“Maaf.. Yang Arif…” pengunjung tadi berkata…
“Saya adalah jiran pesalah… sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau dan
parang… dia selalu cakap… tidak ada!”

Tips servis kereta, luar dan dalam.

Saturday, August 25th, 2007

transplantIni ada satu cerita aku nak kongsi dengan hangpa suma. Bukan dongeng bukan fantasi tetapi fakta yang kadang-kadang berlaku atas batang hidung sendiri dan kawan-kawan.

Sebut pasal servis kereta ni sure ramai yang tahukan? Especially pada pemilik-pemilik kereta, tak kira saiz besar ke saiz kecik, semuanya nak kena servis bila sampai masanya. Lagi besar kereta, lagi mahal servisnya, normal la tu.

(more…)

Prasejarah

Wednesday, August 22nd, 2007

Suatu hari, Pak Mat berkunjung ke muzium negara, ketika itu berlangsung pameran pra sejarah. Antara yang dipamerkan ialah rangka dinosaur. Setelah berpusing-pusing, datanglah seorang penjaga muzium yang bernama Komeng yang sedang bertugas lalu bertanya,

Komeng: ada apa pakcik?
Pakcik: Pakcik nie nak bertanya… agak-agaknye la berapa umur dinasour nie?

Dengan penuh yakin Komeng menjawab

Komeng: Satu juta tahun, empat bulan, lima hari.
Pakcik: Terernya awak… macam mana awak boleh tahu sampai begitu sekali?
Komeng: Waktu saya mula kerje kat sini, umur dinasour ni satu juta tahun, sekarang saya dah empat bulan lima hari kat sini.

Teka-Teki Gelak Ketawa

Wednesday, August 22nd, 2007

1. “Kenapa lelaki perlu beristeri tiga… .”
Jawapannya kerana :
kerana kalau kawin satu isONE
kalau kawin dua isTWO
kalau kawin tiga barulah isTERI… ..

2. SENYUM pada orang tua tanda sayang.
SENYUM pada kanak-kanak tanda kasih.
SENYUM pada kekasih tanda cinta.
SENYUM depan telefon tanda gila,
masih SENYUM lagi… memang sah GILA!

3. ” Manusia jatuh CinTa??Tak heran… “
Kuda makan RuMpuT?? Tak aneh…
MONYET pandai picit TETIKUS?? HEBAT!!!! ( MOUSE )
MASIH PICIT??
LUAR BIASA!!!!

4. “Cinta..ibarat kentut… “
makin dipendam makin gelisah…
bila di lepaskan … … .
ahhhhhhh lega rasanya… … .

5.Aku terpaku dek renungan matamu,
hatiku tertanya-tanya, BENARKAH ini?
nafas ku tertahan, kau tunduk SEGAN..
lalu ku bertanya, “kau..kentutkan?”

6. “… bila hidupmu dlm kegelapan, “
maka berdoalah; dan apabila selesai berdoa, jika kegelapan masih mengelilingimu maka bayarlah bil letrik yang tertunggak tu!!

Janda

Wednesday, August 22nd, 2007

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.

” Mahukah saudara ditemani ? ” soal janda tersebut dengan nada yang manja.
” Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! ” balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
” Baguslah , ” kata janda itu pula.
” Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara….. “